kali nie nak bercerita pasal kisah 20 tahun yang lalu..
korang tahu x tanggal 29 januari 1991 yang lalu merupakan sambutan thaipusam?? time tu hari selasa.. ketika keadaan sesak gila dan jam yang teruk di batu cave, sebuah ambulans yang dalam perjalanan ke hospital besar kuala lumpur diberi keistimewaan untuk mencelah-celah masuk. ketika itu semua orang yang beragama hindu berpusu-pusu untuk naik tangga batu cave yang tinggi gila.. ambulans tu bawak seorang ibu yang sedang tunggu masa je nak lahirkan anak..
ketika itu juga, si suami yang hanya mengikut isteri menggunakan kereta sendiri tersekat dalam ribuan orang yang berkumpul di batu cave.. kesian.. akhirnya si isteri selamat melahirkan anak sendiri tanpa suami di sisi kerana suami masih tersekat di jalan yang jam... huuu~
nama anak yang diberi ialah amira.. aku la.. hoho.. nasib x gelap muka aku walaupun lahir time thaipusam..
baru je lepas sambut birthday yang ke-20 nie tiba-tiba rasa macam berlaku proses tumbesaran.. asyik tidur je.. macam baby yang nak membesar pulak.. serius..
si budak 20 tahun.. hee.. excited potong kek..
hadiah first..egg tart from housemate :))
bersama bff, husna di malam birthday~ lokasi :
barra- uptown shah alam- icity
keesokan harinya, keluar pergi the curve dan makan meatball n daim cake di ikea :)
balik rumah naik train..dari pukul 5 petang, tapi sampai rumah pukul 9 malam! penat okay.. train enjin rosak.. stuck lama gila.
30 januari, sambut birthday dengan family.. sekali ngan birthday adik aku yang paling last.. birthday kitorang dekat.. hee.. fyi, birthday adik aku tahun nie time thaipusam jugak.. 21 januari.. haha.. aku rasa, thaipusam memang suka kat kitorang..
cake dari orang jauh yang tersayang <3 :))
itu sahaja cerita kisah budak umur 20 tahun.. weee~~
:: ucapan birthday paling banyak tahun nie dr member2.. "be matured.. u already 20"
haaiihhh... i'll try.. :p